Tuesday, 6 November 2018


Kek buah. 

Resepi kek buah πŸ°πŸ“πŸŠπŸŽ

Bahan-bahan

1½ cawan tepung kek naik sendiri

Buah epal, oren, anggur, beri, strawberi, sebagainya ikut cita rasa sendiri ye.

1 ½ air cawan.

3 biji telur.

1½ cawan gula.

1 sudu kecil perisa strawberi.

2 sudu besar pewarna merah.

Cara-cara:

Panaskan oven.

Masukkan gula dan telur. Putar sehingga gebu.

Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan air kemudian masukkan perisa strawberi dan pewarna merah.

Pukul semua bahan sehingga sebati.

Sebati semua, potong semua buah menjadi kecil.

Masuk kertas minyak ke dalam acuan kek dan masukkan buah kemudian masukkan bahan dipukul tadi.

Bakar sehingga masak.

Lepas bakar, hias kek dengan icing sugar.













#kek #cake #strawberrycake #strawberry #yummy #delicious #food #foods #syahila #syahilafazila #bake #baker #pastry #pastri #photo #photographs #photograper #foodphotograper #makanan #mudah #simple #mix #kekbuah #kekbuahbuahan #oren #apel #apple #cook #bakery #bakery's #baked #shop #malay #malaysia #malaysian #malaysianfood #resepi #resepikek




Thursday, 1 November 2018

KEDAI JAHIT KNA_STYLE

KEDAI JAHIT KNA_STYLE


Kedai jahit ini dibuka pada tahun 2017 dan nama penuh kedai ini sempena nama pemilik kedai tersebut iaitu Khairul Nasihah style. Kedai jahit kna_style dibuka di kelantan, belakang kedai melor depan kedai santan. 


Gambar 1 menunjukkan dalaman kedai jahit KNA_STYLE. 


INSTAGRAM 🌹 @KNA_STYLE

FACEBOOK 🐚 KNA_STYLE

WHATSAPP 🌿 011-25441755(ila) 



















#KNA_STYLE #KNASTYLE #KEDAI #KEDAIJAHIT #KEDAIJAHITMELOR #BELAKANGKEDAIMELOR #MELOR #KELANTAN #BAWAL #BAWALCHIFFON #SELL #SHOP #ONLINE #ONLINESHOP 

Thursday, 30 November 2017

*ASSALAMUALAIKUM WBT*
Biografi Nabi Muhammad - SAW sewaktu beliau masih hidup.
40 pelajaran dari AHLAK Nabi Muhammad S.A.W.
------------------------------
01. Jangan tidur antara fajr dan Ishraq (saat ☀ muncul), Asar dan Maghrib, Maghrib dan Isyak.
------------------------------
02.Hindarkan duduk dengan orang yg bau badan. Contoh bawang putih atau merah 😷
------------------------------
03. Jangan tidur dekat orang yg berbicara buruk sebelum tidur.
------------------------------
04. jangan makan dan minum dengan tangan kiri.
------------------------------
05. Jangan makan makanan yg dikeluarkan dari gigimu ( Celah gigi ).
------------------------------
06. Jangan membunyikan sendi2 jari tangan maupun kaki.
------------------------------
07. periksa dulu kasutmu sebelum memakainya.
------------------------------
08. Jangan memandang ke langit ketika sholat.
------------------------------
09. Jangan meludah dalam tandas.
------------------------------
10. jangan bersihkan gigi dengan arang.
------------------------------
11. Duduk/bongkok baru kenakan celana.
------------------------------
12.  jangan patahkan benda keras dengan gigimu.
------------------------------
13. Jangan meniup makananmu ketika masih panas, tapi kamu boleh mengipasinya.
------------------------------
14. Jangan melihat/menghitung kesalahan orang lain.
------------------------------
15. jangan berbicara antara iqamah dan azhan.
------------------------------
16. Jangan berbicara dalam tandas.
------------------------------
17. jangan membicarakan keburukan temanmu / orang lain.
------------------------------
18. Jangan membuat temanmu marah
------------------------------
19. Jgn sering melihat ke belakang ketika berjalan.
------------------------------
20. Jgn hentakkan kakimu saat berjalan.
------------------------------
21. Jgn terlalu mencurigai  pada temanmu / orang lain.
------------------------------
22. Jgn pernah / suka berdusta.
------------------------------
23. jgn mencium makanan saat memakannya.
------------------------------
24. Bicara dengan jelas agar org lain boleh memahaminya.
------------------------------
25.Jangan bermusafir bersendirian,sekurang2 nya bertiga
------------------------------
26. Jgn buat keputusan sendiri namun berbincanglah dengan orang yg tahu.
------------------------------
27. Jangan terlalu membanggakan  diri.
------------------------------
28. Jgn sedih dgn makananmu.
------------------------------
29. Jgn besar mulut.
------------------------------
30. Jgn mengusir pengemis.
------------------------------
31. Layani tetamumu dengan baik dengan sepenuh hati.
------------------------------
32. Sabar Dan tawakal ketika dalam kemiskinan.
------------------------------
33. Bantulah dalam perkara kebaikan.
------------------------------
34. Muhasabah diri atas kesalahanmu dan bertaubatlah segera.
------------------------------
35.  Berbuat baiklah kepada orang yg berlaku jahat padamu.
------------------------------
36. Qana'ah (hidup apa adanya)
------------------------------
37. Jgn terlalu sering Tidur ,menyebabkan nyanyuk.
------------------------------
38. Bertaubatlah minima 100 kali sehari Dengan mengucapkan (Istighfaar).
------------------------------
39. Jgn makan dalam keadaan gelap.
------------------------------
40. jgn makan sepenuh-penuh mulut.
---------------------------------------- Kirim ke yg lain untuk mengingatkan mereka.
-------------------------------
semoga Allah merahmatimu...! Aamiin.
-------------------------------
Cinta itu nyata.
-------------------------------
 Kenapa kita tertidur ketika di masjid, namun blh tetap terjaga saat menghadiri pesta?
------------------------------------------- Kenapa begitu susah untuk berkomunikasi dengan Allah namun begitu mudah bergosip?
--------------------------------------- Kenapa begitu mudah mengabaikan pesan ilahiah namun mudah memforward pesan yg tidak berfaedah?
-------------------------------------- Apakah anda akan mengirim ke teman2 atau mengabaikannya?
---------------------------------------Allah berfirman:"jika engkau menolakku di hadapan teman2mu. Aku akan menolakmu di hari kebangkitan"
---------------------------------------apabila tiap muslim mengucapkan *astaghfirullah wa atubu ilaih*  3 kali sekarang dan forward, _dalam beberapa saat berjuta2 akan mengucapkannya dan anda tidak akan rugi_ maka *teruskanlah*

Sunday, 26 November 2017

MASUK TINGKATAN ENAM πŸ“πŸ†


First impression tingkatan enam ni macam ehh mesti tak best,boring,budak skolah lagi pulak tu, budak tak pandai, kena marah dengan cikgu, macam-macam lah pikir pasal keburukan tingkatan enam ni. Sebab apa i pikir camtu? Sebab dengar dari buah mulut orang yang entah pape tu. Lagi-lagi yang tak pernah masuk tingkatan enam sedap  dia je cakap tingkatan ni banyak keburukan dari kebaikan. Eh,helloo ! Tingkatan enam bukanlah beban sangat daripada masuk institusi tinggi lain okeyy jangan nak samakan tingkatan enam dengan pusat pengajian korang tu yee.. Tingkatan enam ni dia special sikit sebab ape ? Ni kebaikan dia >> tempoh pengajian paling singkat di pengajian tinggi(separuh langkah di sekolah dan separuh langkah lagi di institusi tinggi), hanya 3 sem jew tau(1 tahun setengah), tinggal dengan mak bapak, perjalanan sekolah dengan rumah singkat, yuran murah, duit makan mintak ngan mak bapak, rindu dekat mak ayah tak perlu telepon bagai.terus gi jumpa, tak boleh tinggalkan kekasih hati takut-takut rindu haha terus jumpa satu sekolah pfftt πŸ˜‚ korang jangan buat benda ni nanti kena marah dekat korang tau, kerja sekolah? Tak payah cakap cikgu korang tak bagi yang susah-susah punya woo cikgu korang baik sangat-sangat tauu siap ajar satu persatu punya lah haa kerja khusus cikgu ajar persatu woo so,bila masuk universiti korang tak perlu risau lagi sebab cikgu korang ajar persis kerja-kerja dekat U nanti.

Aliran bagi tingkatan enam biasanya ada Sains tulen, Agama, dan Sastera.
*satu sekolah satu aliran*
So,bila korang dah isi permohonan borang masuk tingkatan enam dalam web MPM, diorang akan pilihkan aliran yang korang perlu masuk but kalau korang dah terpikat dengan aliran lain pon boleh jee tapi korang kena buat rayuran dengan jabatan pelajaran negeri masing-masing okey sebab diorang dah tentukan aliran mana yang korang perlu masuk.Better masuk aliran Sastera laa sebab Sastera mudah nak score daripada aliran Sains dan Agama tapi pilih yang mana-mana yang korang sesuai dengan diri korang tauu jangan ikut kawan nanti binasa hahahaha  i cakap betul ye lagi pun tak payah takut laaa tak payah stress yaa itu macam korang lalui jee tempuh jee..dekat U lagi kena strongest tauu kalauu saya boleh takkan korang tak boleh kut πŸ’ͺ yeahh haha. Haa aliran sastera ni dia ada beberapa subjek,terpulang dekat sekolah korang tu .sekolah tu nak ambik berapa subjek atau subjek mana yang dipilih.Subjek sastera biasanya sejarah, seni visual, ekonomi, geografi, bm, pengajian am(wajib kredit), dan pengajian perniagaan. Manakala aliran Sains biasanya fizik,biologi, kimia, mathematik biasa dan matematik tambahan. Manakala aliran Agama biasanya mata pelajaran Usuluddin, bahasa Arab, Hadis dan banyak lagi lah. 

Kerja tingkatan enam biasanya buat kerja sekolah hampir sama macam dengan form 5 dulu tapi yang beza  sikit some time cikgu nak korang cari nota sendiri dan buat nota sendiri tapi cikgu masih ajar korang nak cari dekat mana. Cikgu suruh korang cari buku sesuai kat kedai, cari web mana .alaaa benda ni tak susah pon budak zaman skarang ni ada motor, telefon canggih buat apa kalau tak boleh buat rujukan dalam Internet, blog-blog, leptop tau lappy pon skarang dah ada sorang-sorang ..haa masa ni lah korang boleh guna leptop korang utuk cari bahan atau kerja sekolah dalam leptop dan fon korang tu. Mudah jew korang tulis je dalam kotak search google tu apa soalan yang cikgu bagi ..contohnya subjek sejarah, cikgu bagi tajuk huraikan susun lapis masyarat jepun pada abad .. ke abad... then korang copy terus soalan cikgu korang bagi pastu korang tambah STPM SEJARAH PENGGAL 1 ..then jawapan dari blog-blog akan keluar banyak tau ! Mudah je kan. Sekolah i dulu disediakan wifi free tau so pelajar tingkatan enam memang wajib guna la nak cari maklumat yang cikgu bagi..bagi yang takda wifi, pergi start motor then pergi cari siber cafe yang berdekatan. 

Cerita tentang kawan-kawan tingkatan enam ni mudah sangat-sangat but hati-hati pilih kawan nanti menyesal nan hari akan datang. Carilah kawan yang boleh korang harapkan yelah kan masuk tingkatan enam masih tak sedar lagi tak tahu lah nak cakap apa*cikgu saya cakap budak tingkatan enam ni lain sikit dari budak arus perdana sebab tingkatan enam ni dah boleh jadi mak bapak orang dah kata cikgu saya*😝 well kita datang bukan nak pilih kekasih kan . Kita datang nak belajar bersungguh-sungguh daripada form 5 dulu. Oleh itu, pilih lah rakan yang paling membantu korang dalam pelajaran lebih tepat lagi budak yang selalu beri tumpuan kepada pelajaran kerana masa tingkatan enam ni sangat singkat jangan buang masa korang begitu saja. Gunakan sebaik mungkin percayalah nanti korang akan ingat sampai bila-bila masa korang tingkatan enam ni dan berbaik-baiklah dengan semua budak tingkatan enam di sekolah korang sebab apa? banyak yang korang boleh share tau cara belajar,beli buku kat mana, tolong-menolong, macam-macam lagi lah.

STPM TINGKATAN ENAM PENGGAL 2 :PENGAJIAN AM

Ckgu Rohainah:
muhammad yusuf:
πŸ“ˆ *STPM P2 (KEYWORD 4 GRAPH)*πŸ“Š


_*Graf Bar*_
πŸ“Š *Kompaun*
πŸ”Ήnilai
πŸ”Ήbilangan
πŸ”Ήkuantiti
πŸ”Ήpengelasan

πŸ“œ *Komponen*
πŸ”Ήjumlah kseluruhan
πŸ”Ήamaun
πŸ”Ήkategori

πŸ“‘ *Memesong/Imbangan*
πŸ”Ήad (+ve , -ve)
πŸ”Ήkadar / kdar prubhan
πŸ”Ήpratus / % prubahan

πŸ“œ *Piramid*
πŸ”Ήprbndingan 2 prkara
πŸ”Ήjntina / umur


_*Graf Garis*_
πŸ“ˆ *Kompaun*
πŸ”Ίpola/arah aliran nilai
πŸ”Ίpola/arah aliran bilangan
πŸ”Ίturun naik
πŸ”Ίimbangan dgangan
πŸ”Ίtrend aliran

πŸ“œ *Komponen*
πŸ”Ήsprti lapisan tnah
πŸ”Ίpola/arah aliran jumlah/ksluruhan

πŸ“‘ *Memesong/Imbangan*
πŸ”Ήad (+ve ,-ve )
πŸ”Ήpola kadar
πŸ”Ήpola % prubahan

πŸ“Š *Gabungan*πŸ“ˆ
πŸ”Ή2 msej brkaitan & digabungkan dlm 1 media
πŸ“Šbar + garisπŸ“ˆ


_*Carta Pai*_
πŸŒ•⚫ *Bndingan*
▫prbndingan/prbezaan thun, sektor
▪2 jarak msa
▪1 khendak soalan

πŸ›’ *Brtingkat/Tong*
πŸ”Ί2 mesej yg brkaitan
πŸ”Ί1 tahun shja
πŸ”Ί2 khendak soalan

#semogabermanfaat
#Iriq
[21-1 10:20]  +60 17-390 5790 : Pengkelasan Angkubah(PA)

1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga ukuran bulatan Carta Pai, diukur dengan tepat.

2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)

Kesesuaian Teknik (KT)

1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam Bahagian ini.

2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengan tepat dan betul.

3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.

Ketepatan Isi (KI)

Maklumat berikut mestilah lengkap:

1. Label Paksi X dan Paksi Y

2. Unit Paksi

3. Tajuk yang lengkap

4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.

5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan.

6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta

7. Skala / nisbah jejari yang tepat

8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y

Kejelasan (KJ)

Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS

1. Tajuk Utama

2. Label paksi

3. Petunjuk

4. Skala

5. Sumber

Saturday, 25 November 2017

TINGKATAN ENAM PENGGAL 3 BAHASA MELAYU : VARIASI BAHASA

*VARIASA BAHASA*

*_konsep_*

🍁 Kelainan penggunaan sesuatu bahasa
🍁 Kelainan itu wujud kerana
 > faktor geografi
> faktor sosial
> faktor konstektual

»»»»»»»»»»»»»»»

*JENIS VARIASA*

Ada 16 jenis :-

1) dialek daerah
2) subdialek dan isoglos
3) variasa baku
4) idiolek
5) pijin
6) bahasa pasar
7) kreol
8) bahasa halus
9) bahasa kasar
10) bahasa formal
11) bahasa tak formal
12) bahasa istana
13) bahasa basahan
14) slanga
15) bahasa mesra
16) diglosia

»»»»»»»»»»

*DIALEK*

Definisi - kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata & tatabahasa

🍏 disebabkan oleh faktor geografi dan sosial
🍏 digunakan dalam situasi tidak rasmi
🍏 kurang mementingkan ketepatan tatabahasa

*IDIOLEK*

Definisi- variasi bahasa yang khusus berkaitan individu

🍎 kurang menitikberatkan ketepatan tatabahasa
🍎 digunakan dalam situasi tidak formal
🍎 perbezaan pada alat sebutan & bunyi sebutan (contoh :- sengauan)
🍎 disebabkan oleh faktor kecacatan dan tabiat pertuturan

*PIJIN*

Definisi - bahasa antara dua atau lebih kumpulan penutur yang menuturkan bahasa yang berbeza

πŸ‰ mempunyai kosa kata yang terhad
πŸ‰ tidak boleh diangkat menjadi bahasa ibunda
πŸ‰ menyalahi hukum D-M
πŸ‰ sebutan bahasa dipengaruhi oleh bahasa ibunda
πŸ‰ penggunaan perkataan "banyak" & "punya"

Contoh:- itu orang banyak cantik

*KREOL*

Definisi- bahasa umum oleh segolongan atau sekumpulan penutur / bahasa campuran antara dua @ lebih bahasa

πŸ“ mempunyai kosa kata yang lebih meluas
πŸ“ boleh diangkat menjadi bahasa individu
πŸ“ mempunyai ciri bahasa terbalik
πŸ“ boleh diangkat menjadi bahasa ibunda

Contoh:- gua mo masak nasik

*BAHASA FORMAL*

Definisi- variasi bahasa yang digunakan dalam hubungan rasmi

πŸ’ mempunyai bahasa yang terkawal
πŸ’ wujud sekatan sosial
πŸ’ menggunakan bahasa baku
πŸ’ teratur, lengkap dan pentingkan aspek tatabahasa
πŸ’ penggunaan gelaran yang lengkap
πŸ’ contoh bahasa:- bahasa baku, bahasa istana

*TAK FORMAL*

Definisi- variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi

πŸ‹ menggunakan bahasa yang bebas
πŸ‹ tidak wujud sekatan sosial
πŸ‹ menggunakan bahasa daerah atau loghat
πŸ‹ tidak mementingkan ketepatan tatabahasa
πŸ‹ penggunaan gelaran yang tidak lengkap
πŸ‹ contoh bahasa:- dialek, bahasa basahan, pijin

*BAHASA HALUS*

Definisi- variasi bahasa yang menggambarkan penggunaan bahasa yang sopan

🍬 memperlihatkan kesopanan
🍬 tatabahasa yang sempurna, lengkap dan teratur
🍬 mementingkan ungkapan yang sopan dan bertatasusila
🍬 menggunakan kata rujukan diri yang sopan dan sesuai dengan tempat dan suasana

*BAHASA KASAR*

Definisi- variasi bahasa yang menggambarkan penggunaan bahasa yang kurang beradap dan tidak sopan


πŸ• kosa kata yang keras dan kasar
πŸ• tidak menggunakan peraturan nahu yang lengkap
πŸ• menggunakan intonasi yang lebih tinggi yang menunjukkan emosi marah atau kurang senang
πŸ• KGND yang tidak menunjukkan keharmonian

*BAHASA DALAM/ISTANA*

Definisi- variasi bahasa yang digunakan oleh kerabat diraja sesama mereka, oleh kalangan diraja kepada orang biasa, dan oleh kalangan penutur biasa kepada kalangan diraja

🍍 penggunaan KGND
🍍 mempunyai istilah khusus
🍍 penggunaan gelaran
🍍 penggunaan kata kekeluargaan
🍍 mempunyai unsur pemulukan
🍍 mempunyai unsur pendinaan
🍍 mempunyai ungkapan rutin(daulat tuanku, ampun tuanku)

*BAHASA BASAHAN*

Definisi- variasi bahasa yang digunakan dalam percakapan harian

🍭 tak patuh hukum tatabahasa
🍭 terdapat pencampuran kod
🍭 struktur ayat yang ringkas dan mudah difahami

*BAHASA BAKU*

Definisi- variasi bahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai variasi rujukan

πŸ† mematuhi hukum tatabahasa
πŸ† menggunakan sistem panggilan formal
πŸ† menggunakan sebutan dan ejaan baku
πŸ† mempunyai pelbagai laras bahasa

*BAHASA MESRA*

Definisi- variasi bahasa yang digunakan untuk menunjukkan hubungan yang mesra dan harmoni antara penutur dan pendengar

🍀 ada unsur kependekan
🍀 penggunaan unsur partikel -lah
🍀 terdapat pencampuran kod
🍀 penggunaan kata gelaran yang tidak lengkap
🍀 menggunakan KGND yang dianggap mesra

*BAHASA PASAR*

Definisi- bahasa campuran antara bahasa melayu dengan bahasa yang digunakan oleh kaum lain. Kemudian bercampur bahasa.

Sunday, 19 November 2017

STPM PENGGAL 1 BAHASA MELAYU

     SALASIAH PERKEMBANGAN BAHASA      MELAYU DARI SEGI USIA.

           πŸŒΈFILUM BAHASA AUSTRIK/
           πŸŒΈAUSTRIK
           πŸŒΈ (5000 TAHUN)

Terbahagi kepada 3 :
    🌻Rumpun AUSTROASIA
    πŸ€Rumpun AUSTRONESIA
    🍁Rumpun TIBET-CHINA
                  (2500-5000 Tahun)

πŸ€Rumpun AUSTRONESIA terbahagi kepada 2:
       πŸ’‘Rumpun AUSTRONESIA
            BARAT
        ✨Rumpun AUSTRONESIA TIMUR

Rumpun AUSTONESIA BARAT terbahagi kepada 1 :
         πŸŒΉ keluarga NUSANTARA(2500 ke                          bawah)
               Yang terbahagi kepada 2 :
          πŸƒSubkeluarga Indo Pusat
          🌺Subkeluarga Filipina Formosa

πŸƒSub keluarga Indonesiao Pusat :
 Jawa,Sumatera,Kalimantan,
 Bali-sasak,Tomini,Sula-bacon,
 Toraja,Gorontalo,Leoinan,
 Bungku-laki,Sulawesi,
 Muna-butang,Ambo-timur

🌺Sub keluarga Filipina Formosa :
Tagalog,Iloko,Bikol,Bisaya,Sulu,
Palau,Tombulu,Formosa,Batan,Ibanag,
Igorat,Magindanao,Tingyan,Tonsea,
Tondano.

RUMPUN AUSTONESIA TIMUR terbahagi kepada 3 :
            🍎Melanesia
            🍊Mikronesia
            πŸ‰Polinesia
                 (2500 tahun kebawah)

 πŸŽ Melanesia :
Fiji,Irian,New Guinea,
New Caledonia,Halmahera.

  🍊Mikronesia :
Marianna,Marshall,Gilbert,Carolina.

  πŸ‰Polinesia :
Hawaii,Maori,Tonga,Easter,Tahiti.




Segala kekurangan harap dimaafkan.Anda juga digalakkan menggunakan peta minda berdasarkan isi di atas dan bagi untuk pelajar penggal satu yang mengambil subjek BM anda wajib menghafal keseluruhannya kerana terdapat beberapa soalan yang dikemukakan. Oleh itu,menggunakan peta minda atau membina akronim adalah amat digalakkan bagi proses mengingat dengan cepat😊

Thursday, 9 November 2017

CARA MEMBUAT MEGGI GORENG SIMPLE🍝😘

BAHAN-BAHAN :

🍝MEGGI
🍝SERBUK MEGGI
🍝MINYAK MASAK
🍝GULA

CARA-CARA :

1.REMDAM MEGGI KE DALAM AIR PANAS
    SELAMA  4 MINIT
2.TOSKAN MEGGI
3.MASUKKAN MINYAK MASAK SEDIKIT DALAM KUALI
4.GORENG MEGGI TADI HINGGA SERAP MINYAK
5.HIDANG
NAK PEDAS KAW PUNYA😁 HIRIS LADA HIDUP πŸ†


Wednesday, 18 October 2017

FACT : SEA HORSE 🌊



Sea horse on my instagram @justappleart

Sea horse can be red, orange, yellow, gray, blue, or green. They might be solid-colored or have patterns, such as spots or zebralike stripes. Sea horses can change colours to blend in with their surroundings. 

Male sea horses carry their babies' eggs inside their pouches until they're ready to hatch. The daddy sea horse is the only male in the animal kingdom known to give birth. Baby sea horses are called sea ponies.

Credit to : book of Playhouse Disney Encyclopedia

Bunga api πŸŽ†πŸŽ‡

Jom main "Bunga Api"πŸŽ†πŸŽ‡πŸŽ‡ Digital


                   http://parsico.net/pages/fw/

Buka link ni dan sentuh screen dan lihat apa jadi..

Di larang sentuh banyak kali, nanti ketagihπŸ˜‚πŸ˜‚ macam saya

Friday, 29 September 2017

FAKTA: REPTILES DAN AMPHIBIANS



Penyu  di instagram saya @justappleart

Kedua-dua reptilia dan amfibia berdarah sejuk. Badan mereka mempunyai suhu yang sama dengan persekitaran mereka.
Kebanyakan reptilia dan amfibia menetas dari telur.⚾ Telur amfibia tidak mempunyai shell pelindung keras seperti reptilia atau telur burung.
Reptilia adalah haiwan yang dikelilingi dengan skala. Timbangan adalah kasar, kulit kering yang melindungi tubuh reptilia.
Contohnya adalah ular.🐍
 Amfibi adalah haiwan yang tidak mempunyai rambut, bulu, bulu, atau skala. Mereka mempunyai kulit lembap, licin. Kebanyakan amfibia hidup di dalam atau di sekitar air kerana mereka mesti menjaga kulit mereka sedikit basah. Contohnya katak.🐸🐸

Enjoy your show ☀☔☁ 

Semua fakta diambil dari buku DisneyπŸ‘ΈπŸ‘Ό

Wednesday, 27 September 2017


SOALAN:Bincangkan Sistem Politik Masyarakat Melayu Tradisional Sebelum Campurtangan
British.

       Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British dibahagikan kepada tiga
unit politik yang utama. Unit politik yang paling besar ialah negeri yang diketuai oleh seorang raja, sultan
ataupun Yang Dipertuan Besar. Ini diikuti oleh unit politik seterusnya, iaitu daerah yang diketuai oleh
seorang pembesar daerah. Unit politik yang paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang
penghulu atau penggawa.
Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, unit politik yang paling besar ialah negeri. Pada
abad ke-19, negeri merujuk kepada satu kawasan yang merdeka di bawah pemerintahnya sendiri. Secara
umumnya, sesebuah negeri tertaluk di kawasan muara sungai besar. Kedudukan yang strategik ini sangat
berguna untuk membolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar masuk penduduk
ataupun pedagang luar.
 Negeri dikawal oleh seseorang pemerintah yang biasanya digelar Raja, Sultan ataupun Yang
Dipertuan Besar mengikut negeri masing-masing. Contohnya, gelaran Raja digunakan untuk negeri Perlis
dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan
gelaran sultan. Mereka merupakan pemimpin negeri yang paling penting. Mereka berfungsi sebagai
lambang perpadauan rakyat serta kebajikan negeri. Mereka selalunya dibantu oleh kerabat diraja ataupun
sekumpulan pembesar.
 Mereka mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa. Misalnya, warna
kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan
untuk mereka. Rakyat biasa tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya. Kesemua benda ini adalah
untuk mengukuhkan kedaulatan mereka sebagai ketua unit politik negeri. Mereka adalah lambang
perpaduan rakyat. Oleh sebab konsep daulat dan derkaha, rakyat sentiasa menjalankan perintah mereka
tanpa sebarang persoalan. Rakyat tidak berani menderhaka kerana takut akan terkena tulah. Rakyat sangat
taat kepada mereka.
 Unit politik yang kedua ialah daerah. Daerah merupakan kawasan yang dihadkan oleh
penggunaan sungai sebagai alat perhubungan. Sesebuah daerah mungkin meliputi sebelah atau kedua-dua
belah tebing sungai negeri itu. Unit politik daerah selalunya diletakkan dibawah kawalan seorang
pemerintah yang bergelar pembesar daerah. Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan
pemerintah yang bersatu bagi seluruh negeri.
 Pembesar daerah ini diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri tersebut
melalui surat tauliah. Penganugerahan kawasan pentadbiran ini merupakan ini merupakan satu cara Sultan
mengukuhkan sokongan pembesar daerah terhadap baginda. Selain mentadbir, pembesar daerah mejalankan
tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai, menjalankan perdagangan, dan
merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.
 Terdapat juga pembesar daerah yang mempunyai kuasa politik yang jauh lebih besar daripada Sultan
sendiri. Sebagi contoh, pembesar di Negeri Perak yang terlalu berkuasa disebabkan kekayaan ekonomi
mereka. Majlis Pembesar Negeri Perak terlalu berpengaruh sehingga pembesar daerah boleh campur tangan
dalam sistem pewarisan takhta negeri Perak. Mereka boleh meletakkan calon sendiri ataupun mengenepikan
seseorang calon. Walau bagaimanapun, pembesar daerah yang dilantik oleh Sultan tetap memerlukan
institusi kesultanan kerana mereka memerlukan sokongan Sultan untuk penganugerahan lencana dan gelaran Unit politik yang paling kecil ialah kampung. Sesebuah kampong boleh merupakan satu unit
penguasaan politik, tempat tinggal biasa, atau sebagai satu unit kerjasama ekonomi dan kekeluargaan. Ketua
kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri Sembilan. Ketua Kampung ini merupakan orang
yang penting kerana mereka merupakan orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar
daerah. Mereka selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi. Ketua
kampong dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui surat tauliah.
 Ketua kampung menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampong. Mereka juga akan
mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan semasa
peperangan. Merekalah yang mendorong rakyat untuk taat setia kepada pemerintah. Biasanya, orang
kampung lebih rapat dengan ketua kampung berbanding pembesar daerah.


Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British sememangnya kemas
dan teratur dengan lapisannya yang mencerminkan kedudukan dan tanggungjawab pemerintahan
sendiri. Setiap unit politik ini saling melengkapi dan saling bergantung antara satu sama lain dalam
menjalankan tugas. Namun, sistem politik ini melalui banyak perubahan selepas British campur
tangan. Misalnya, tanggungjawab pembesar daerah telah diambil oleh pegawai daerah yang merupakan pegawai British.

Oleh : SHAHRUL NIZAM BIN SUHAIMI
            SMK DATO ONN

Tuesday, 26 September 2017

FACT : REPTILES AND AMPHIBIANS 🐸🐸


         
                 Painted turtle on my instagram @justappleart

Both reptiles and amphibians are cold-blooded. Their bodies have the same temperature as their surroundings.

Most reptiles and amphibians hatch from eggs. Amphibian eggs do not have a hard protective shell like reptile or bird eggs do.

Reptiles are animals that are covored with scales. Scales are rough, dry pieces of skin that protect a reptile's body.
For example is snake.

 Amphibians are animals that don't have hair, fur, feathers, or scales. They have wet, smooth skin. Most amphibians live in or around water because they must keep their skin a little wet. For example is frog.

Enjoy the show😊☔



 All fact from the book playhouse disney encyclopedia.

Saturday, 23 September 2017

FACT : RABBIT 🐰🐰

RABBIT 🐰🐰


Rabbit on
               my  instagram @justappleart

Hi ! And Assalamualaikum for muslim. As we know rabbit can be our pet and did you you know that rabbits can have twenty to thirty-five kits a year guys?

Rabbits live in many places,from swamps and woodlands to tropical forests and desert!

Baby rabbits are called kits. Kits do not have fur when they are born, so they like to snuggle to stay warm and cozy in their dens.

A rabbit's long ears can turn in any direction to help it hear even the faintest sounds. Rabbits will thump their hind legs to let other rabbits know when they sense danger.

Rabbits usually live in groups in undergound burrows. They eat grass, bark, leaves, and berries.
 That all fact of rabbitsπŸ˜‰

 Take out from : book of Playhouse Disney                                  Encyclopedia 🐭

Friday, 22 September 2017

FACT :PANDA 🐨🐻🐻

Panda on my instagram
  @justappleart

Padas are  bears with black-and-white fur coats.Most of a panda's body is white,but its arms,legs,ears, and eye patches are usually black. Pandas can only be found living in the wild in one place: China.

In China,pandas can be found living in rainy bamboo forests high in the mountains. Unlike other bears (which primarily eat meat ), the panda is a plant eater that liver on a diet of bamboo shoots and leaves.

Panda cubs are born with all-white fur. Their black sport start to develop when they're one month old. Mother pandas like to wrestle and play with their young cubs.

Giant pandas have enlarged wrist bones on their front paws that act like opposable thumbs. These "thumbs"help them hold and eat bamboo --pandas' favorite food. Love PandaπŸ’ that all thank you so much πŸ˜‰

  Take from: book of playhouse
                     Disney Encyclopedia
                     365 Facts for learning fun!

Saturday, 2 September 2017

mermaid gold


Kemarin saya ada buat nama yang ditempah oleh kawan baik saya beberapa hari yang lalu.Pikir punyalah pikir nak buat ape,dia kate nak yang ala-ala cite korea legend of the blue sea haa ..then lpas beberapa hari baru terpikir nak buat kilat-kilat benda ni hehe mula-mula tu nak lukis muka heroin tu pstu i pon jenis lama tak melukis haha dah tak ingat dah step dia. Haa i penggunaan masker gold yang jual dekat kedai jamu bleh tahan laa dia nampak cam shinny gituw..korang bleh laa try ok.^^

Thursday, 28 April 2016

TUDUNG BAWAL MONOCHROME

 Hanya RM13 EXC POS ~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

postage smRM6/RM10ss 





BAWAL MONOCHROME






NO.19 SOLD OUT  ^_^


Berminat? pm saya Whatsapp 011-25441755

FB-SYahila FAzila/Seri Dewi Anggun Scraf

Instagram-syahilafazila/seridewi_anggun