Saturday 25 November 2017

TINGKATAN ENAM PENGGAL 3 BAHASA MELAYU : VARIASI BAHASA

*VARIASA BAHASA*

*_konsep_*

🍁 Kelainan penggunaan sesuatu bahasa
🍁 Kelainan itu wujud kerana
 > faktor geografi
> faktor sosial
> faktor konstektual

»»»»»»»»»»»»»»»

*JENIS VARIASA*

Ada 16 jenis :-

1) dialek daerah
2) subdialek dan isoglos
3) variasa baku
4) idiolek
5) pijin
6) bahasa pasar
7) kreol
8) bahasa halus
9) bahasa kasar
10) bahasa formal
11) bahasa tak formal
12) bahasa istana
13) bahasa basahan
14) slanga
15) bahasa mesra
16) diglosia

»»»»»»»»»»

*DIALEK*

Definisi - kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata & tatabahasa

🍏 disebabkan oleh faktor geografi dan sosial
🍏 digunakan dalam situasi tidak rasmi
🍏 kurang mementingkan ketepatan tatabahasa

*IDIOLEK*

Definisi- variasi bahasa yang khusus berkaitan individu

🍎 kurang menitikberatkan ketepatan tatabahasa
🍎 digunakan dalam situasi tidak formal
🍎 perbezaan pada alat sebutan & bunyi sebutan (contoh :- sengauan)
🍎 disebabkan oleh faktor kecacatan dan tabiat pertuturan

*PIJIN*

Definisi - bahasa antara dua atau lebih kumpulan penutur yang menuturkan bahasa yang berbeza

🍉 mempunyai kosa kata yang terhad
🍉 tidak boleh diangkat menjadi bahasa ibunda
🍉 menyalahi hukum D-M
🍉 sebutan bahasa dipengaruhi oleh bahasa ibunda
🍉 penggunaan perkataan "banyak" & "punya"

Contoh:- itu orang banyak cantik

*KREOL*

Definisi- bahasa umum oleh segolongan atau sekumpulan penutur / bahasa campuran antara dua @ lebih bahasa

🍓 mempunyai kosa kata yang lebih meluas
🍓 boleh diangkat menjadi bahasa individu
🍓 mempunyai ciri bahasa terbalik
🍓 boleh diangkat menjadi bahasa ibunda

Contoh:- gua mo masak nasik

*BAHASA FORMAL*

Definisi- variasi bahasa yang digunakan dalam hubungan rasmi

🍒 mempunyai bahasa yang terkawal
🍒 wujud sekatan sosial
🍒 menggunakan bahasa baku
🍒 teratur, lengkap dan pentingkan aspek tatabahasa
🍒 penggunaan gelaran yang lengkap
🍒 contoh bahasa:- bahasa baku, bahasa istana

*TAK FORMAL*

Definisi- variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi

🍋 menggunakan bahasa yang bebas
🍋 tidak wujud sekatan sosial
🍋 menggunakan bahasa daerah atau loghat
🍋 tidak mementingkan ketepatan tatabahasa
🍋 penggunaan gelaran yang tidak lengkap
🍋 contoh bahasa:- dialek, bahasa basahan, pijin

*BAHASA HALUS*

Definisi- variasi bahasa yang menggambarkan penggunaan bahasa yang sopan

🍬 memperlihatkan kesopanan
🍬 tatabahasa yang sempurna, lengkap dan teratur
🍬 mementingkan ungkapan yang sopan dan bertatasusila
🍬 menggunakan kata rujukan diri yang sopan dan sesuai dengan tempat dan suasana

*BAHASA KASAR*

Definisi- variasi bahasa yang menggambarkan penggunaan bahasa yang kurang beradap dan tidak sopan


🍕 kosa kata yang keras dan kasar
🍕 tidak menggunakan peraturan nahu yang lengkap
🍕 menggunakan intonasi yang lebih tinggi yang menunjukkan emosi marah atau kurang senang
🍕 KGND yang tidak menunjukkan keharmonian

*BAHASA DALAM/ISTANA*

Definisi- variasi bahasa yang digunakan oleh kerabat diraja sesama mereka, oleh kalangan diraja kepada orang biasa, dan oleh kalangan penutur biasa kepada kalangan diraja

🍍 penggunaan KGND
🍍 mempunyai istilah khusus
🍍 penggunaan gelaran
🍍 penggunaan kata kekeluargaan
🍍 mempunyai unsur pemulukan
🍍 mempunyai unsur pendinaan
🍍 mempunyai ungkapan rutin(daulat tuanku, ampun tuanku)

*BAHASA BASAHAN*

Definisi- variasi bahasa yang digunakan dalam percakapan harian

🍭 tak patuh hukum tatabahasa
🍭 terdapat pencampuran kod
🍭 struktur ayat yang ringkas dan mudah difahami

*BAHASA BAKU*

Definisi- variasi bahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai variasi rujukan

🍆 mematuhi hukum tatabahasa
🍆 menggunakan sistem panggilan formal
🍆 menggunakan sebutan dan ejaan baku
🍆 mempunyai pelbagai laras bahasa

*BAHASA MESRA*

Definisi- variasi bahasa yang digunakan untuk menunjukkan hubungan yang mesra dan harmoni antara penutur dan pendengar

🍤 ada unsur kependekan
🍤 penggunaan unsur partikel -lah
🍤 terdapat pencampuran kod
🍤 penggunaan kata gelaran yang tidak lengkap
🍤 menggunakan KGND yang dianggap mesra

*BAHASA PASAR*

Definisi- bahasa campuran antara bahasa melayu dengan bahasa yang digunakan oleh kaum lain. Kemudian bercampur bahasa.